Cinta Si Burung Layang-Layang

Okeh, terus pada cerita. Kisah ni terjumpa di sebuah blog yg sungguh menarik bernama Inspirasi Bonda. (Sila lawat blog ini )..Gambar2 di bawah telah di ambil oleh seorang photographer di Perancis yg telah melariskan jualan akhbar pd hari kisah ini disiarkan di sana. Ikuti 1001 kisah di sebalik gambar2 ini :-


Seekor burung layang-layang yg tak mampu nak terbang lagi setelah dilanggar kenderaan.



Dtg rakannya @ pasangannya membantu dan menemaninya dgn penuh setia dan kasih sayang sambil membawa makanan.




Namun dia dtg lagi dan terkejut krn mendapati rakan @ pasangannya telah mati. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi bising seolah-olah sedang memanggil dan menangisi pemergian itu dengan hiba..



Masih lagi mencuba. Mungkin utk memanggil rakan-rakan yg lain dtg membantu di samping terus setia di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..


Dan akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya… Hidup menjadi sepi…

Tapi sebagai manusia, kdg kala kita terlupa utk setia pada pasangan masing2. Kesetiaan dan kasih sayang bkn 1 perkara boleh dianggap enteng atau remeh. Dengan kasih sayang, kita akan dikurniakan motivasi dan semangat utk melaksanakan apa jua urusan. Dengan kasih sayang juga, mampu menjadi penyembuh penyakit2 rohani dan jasmani.


Selagi kita hidup, selagi itu kita terus belajar... belajar... dan belajar... utk terus menyayangi pasangan masing-masing...Berkasih sayanglah dengan Yg Maha Esa, krn itu sebenar2nya KASIH SAYANG...

Renung2kan wahai sahabat..
READ MORE -

BATU TERGANTUNG PALSU!


"Apa? Batu terapung? Biar betul..."...Gambar ni dah tersebar dengan luas di internet. Banyak pihak menyatakan yang batu ni adalah batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 'Dome of The Rock' memaparkan imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis artikel tersebut telah mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan Mik'raj Rasulullah s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak pula diketahui siapa yang telah menangkap gambar itu. Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia boleh mengedit gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan menggunakan teknik super impose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan pekara sedemikian? Apakah tujuan sebenar mereka?


Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.

Batu itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil yang dipanggil "Gua Arwah".

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek.

Pada masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra' (Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.

Ada cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril dikatakan masih ada di sana.

Menurut Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)


Kejadian batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih, perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng Israiliyyat) . Batu itu sebenarnya tidak terapung.

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar:
وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة.

"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung".

Maknanya, batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah menjadikannya seolah-olah terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita-cerita Israiliyyat. Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai.

Sumber - ikhwanfahmi@ gmail.com
READ MORE -

Ajarlah Anak-Anak Berenang


Rasulullah bersabda, "Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(riwayat sahih bukhari/muslim)

Sudahkah anda mengajar anak-anak anda 3 perkara ini?

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


==

"Dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)

“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.

Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan baginda bersabda:

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

ULASAN BLOG ARENA : Sesetengah dari kita lebih suka menghantar anak2 mereka ke kelas vokal dan muzik dgn harapan 1 hari nnt mampu melihat mereka bergelar penyanyi atau memberi galakan utk mereka menyertai program2 realiti TV berkonsepkan hiburan yg keterlaluan. Salah siapa jika generasi akan datang terus hanyut dibuai medium yg melalaikan?? Komen anda pula?
READ MORE -

Ciri-Ciri Kesempurnaan Iman





Kegelinciran iman merupakan satu perkara yg paling ditakuti oleh seorang insan yg mengaku menyembah Allah Yg Esa. Hal ini terjadi oleh byk faktor. Salah satu drpdnya pada pandangan aku ialah tiada atau kurangnya keikhlasan dlm melakukan amal ibadah. Sikap menunjuk2 dlm melakukan amalan yg dituntut perlu di jauhi dlm memelihara iman agar sentiasa terpelihara sehingga sampainya Hari Perhitungan kelak. Di bawah ni aku selitkan utk renungan kita bersama bagaimana utk mencapai kesempurnaan iman.

Ciri-ciri kesempurnaan iman

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak sempurna iman seseorang hamba
sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil
terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”
Riwayat Ahmad

Huraian
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda
yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan
dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan
kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti
berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan
dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.

2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa
jua yang dikehendaki- Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang
menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan- Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba- Nya."
- (Al-Israk: 30).

3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual
(rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait
rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk
diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi
memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping
mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik,
menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.

Sumber : Sleeping Beauty
Faiz-Farwizah
READ MORE -

"GATSBY DEODORANT STREET FAIR"



Acara/ Event : Gatsby Deodorant Street Fair
Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Waktu : 10 pagi hingga 5 petang
Tempat : Ruang Legar, Ground Floor Berjaya Time Square, Kuala Lumpur

Terasa rugi gak tak dapat p Time Square nari utk join street fair ni. Smlm dh ckp kat mem, ajak dia so ok la kut dia nak ikut walaupun masih musykil dlm hati dan berkira2 dan berpikir, camne nak kawal si Qaira tu drpd mengelintin di tengah2 org ramai tu. Maklumlah, pengalaman dah byk dlm hal Qaira VS Outdoor ni.. Tp ye la.. kalo tak join skang, bila lagi kan.. lagipun ofkos la ramai yg hadir tu adalah bloggers gak yg bernaung bawah iklan Nuffnang.

Tp bila lepas sarapan pg td terasa malas menyerang dengan hebat. Qaira plak biasa tdo siang, tp nari lambat plak tdonya..dekat2 nak kul 3 gak baru tdo. Nak bwk dia b4 dia tdo tu mencarik nahas namanya.. Buatnya dia wat hal merengek kat sana sbb letih aka ngantuk kang, pengsan jgk. Mau kesabaran tipis, balik tang tu gak. Aku tamau bermain dgn risiko sebegini. Penatnya bkn sikit. Aku pun bkn suka sgt join ramai2 nih. Pasar mlm sebulan skali pun payah nak p. Padahal dari rumah pun kalo jln kaki, tak abis rasanya eskrim cornetto tu, dah sampai. Rasa nak p tu bleh dtg ngan tiba2, dan aku akan p.. kalo tak jgn harap..

So, end of dis n3, next time ja ya En. Gatsby..lagipun ubat ketiak aku baru jek topup ari tu. Ofkos la brand Gatsby bang..Ozone Blue Double Protection yek...

Ok. Cau cin cin...
READ MORE -

Pesanan Dr.Fadhilah Kamsah

Hari ni cam biasa aku blogwalking lagi membaca dan mencari2 maklumat yg boleh dikongsi bersama2 reader di sini. Dlm jln2 tu terjumpa 1 blog hamba Allah ni, Tazkirah dan dlm nya ada posting pd 2007, mmg agak lama namun ilmu tu tidak mengira batasan waktu kan..Ilmu yg berguna akan releven sampai bila. Dulu aku dh penah baca ttg ni. Lama dulu. So, now aku tepekkan jugak kat sini apa benda yg menarik minat aku td tu ya... sama2 renungkan dan kongsi2 kan..

Assalammualaikum……

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan
belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi
sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam
biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya
seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan…either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya ….makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali …tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib … dapat semua waktu lagi baik…sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya…dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

“Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”.

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing. Wallahu A’lam…
READ MORE -

Kemarau Di Negara China

Aku baru terima email forward drpd Faiz-farwizah yg aku kira agak menarik utk kita cungkil hikmah di sebalik kejadian ini. Lihat sahaja kesan akibat kemarau yg berpanjangan di Negara China seperti gambar2 di bawah. Ianya cukup memberi kesan pada semua benda bernyawa dan tak bernyawa. Pakar berpendapat, kemarau yg melanda barat daya China itu adalah disebabkan oleh iklim yg bertukar. 


 Kesan rekahan jelas dan dalam pulak tu..
 Tasik yg kekeringan menyebabkan ikan dah tatau nak pergi mana.

 Mungkin ni lopak terakhir yg masih berair yg menjadi kuburan ikan2 ini sebelum semuanya kekeringan.
 Apa yg sedang difikirkan oleh kanak2 ini??



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan (membawa) barang-barang keperluan manusia dan air hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu menyuburkan bumi yang sebelumnya mati (kemarau), dan dikembang-biakkan segala makhluk yang hidup melata (di atasnya), angin yang bertiup dan awan yang terbentang di antara langit dan bumi (Sesungguhnya segala yang tersebut itu) menjadi bukti (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.


Al-Baqarah 164
 
*Petikan maksud ayat di atas bersumber drpd Tazkirah
READ MORE -

(teks-percubaan sahaja ni