Cinta Itu Buta - Benarkah?

Sekadar Hiasan. 
Semalam aku terbaca di Harian Metro (dh jadi mcm akbar wajib aku ni) tentang seorang janda 44 thn yg terpedaya dengan pujuk rayu dan 'cinta' kekasihnya seorang lelaki Afrika. Aku rasa ini perlu diambil serius oleh semua wanita tak kira janda ke, anak dara ke isteri orang ke, supaya berwaspada dengan penangan 'cinta' jenis ni supaya diri tak tergadai dan poket tak merana. Apa tak nya, selama setahun berkawan dgn 'Pak Itam' tu dah di kikisnya duit janda tu RM106,000.00..Nampakkan berapa byk '0' yg aku type tu? Bkn RM106.00 ye.. huhuhu..adoyaiiii..

Cinta itu butakah atau kita buta dek krn cinta?? Ini bkn kes nak bukak aib org ke apa.. sekadar utk mengulang kembali selepas Metro buat pendedahan ini. Lagipun dia sendiri yg dah p buat police report. So kalo nak bercinta tu, bercinta la betul2. Mane ade betulnya, utk tunjukkan rasa cinta yg sebenar kene perabis wang ringgit dan 'body' pada kekasih?! Perkara camni dh byk berlaku terutama pada remaja2 yg masih menuntut di Universiti pun ada berlaku. Percaya atau tak, korang selidik ler sendiri.

Apa yg terbaik adalah kembali kepada garis panduan yg Islam telah berikan dlm memilih pasangan.
Jadi, kepada wanita2 diluar sana, beringatlah sebelum terkena. Terlajak perahu boleh gostan. Nak U turn pun boleh. Tp kalo terlajak perbuatan, sampai ke tua akan menyesal. Sekali buat silap, org akan ingat sampai bila2 biarpun menggunung jasa yg kita taburkan sebelum ni utk dunia..Fikir2kan lah akan kebenarannya...

**Tinta Blog Arena - Lelaki pun bleh terkena cam apa yg 'akak' kat atas td tu kene, tp tang tergadai body tu yg aku musykil sket...herrmmm..boleh ke??

0 comments:


(teks-percubaan sahaja ni