Ciri-Ciri Kesempurnaan Iman





Kegelinciran iman merupakan satu perkara yg paling ditakuti oleh seorang insan yg mengaku menyembah Allah Yg Esa. Hal ini terjadi oleh byk faktor. Salah satu drpdnya pada pandangan aku ialah tiada atau kurangnya keikhlasan dlm melakukan amal ibadah. Sikap menunjuk2 dlm melakukan amalan yg dituntut perlu di jauhi dlm memelihara iman agar sentiasa terpelihara sehingga sampainya Hari Perhitungan kelak. Di bawah ni aku selitkan utk renungan kita bersama bagaimana utk mencapai kesempurnaan iman.

Ciri-ciri kesempurnaan iman

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak sempurna iman seseorang hamba
sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil
terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”
Riwayat Ahmad

Huraian
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda
yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan
dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan
kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti
berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan
dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.

2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa
jua yang dikehendaki- Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang
menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan- Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba- Nya."
- (Al-Israk: 30).

3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual
(rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait
rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk
diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi
memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping
mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik,
menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.

Sumber : Sleeping Beauty
Faiz-Farwizah

2 comments:

Anonymous said...
July 12, 2011 at 1:06 PM

ERMMMM....HADIS TUE MCM MERAGU KAN LAH...

outbound malang said...
April 12, 2012 at 12:55 PM

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
kesuksesan tidak akan mendatangi anda, kecuali anda mengejarnya.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,


(teks-percubaan sahaja ni